)(SALAM)(
blog ini direka untuk memenuhkan kriteria pihak sekolah
Sunday, November 3, 2013
DOA AKHIR TAHUN
Bulan zulkaedah hampir sampai ke penghujungnya.Saya sediakan doa akhir tahun bagi membantu anda semua.Diharap dapat diamalkan.
Tuesday, October 8, 2013
Kisah Sufi: Asy-Syibli
Ikutilah kisah waliyullah ini sebagai teladan….
AKU HANYA IKUT RENTAK BURUNGAsy-Syibli yang sedang duduk di bawah sebatang pokok sambil berseru: “Hu..hu..hu..hu..hu..”Akibatnya, orang ramai menyangka bahwa Asy-Syibli telah mengamalkan ajaran sesat kerana berzikir dengan kata-kata yang tidak ada nashnya. “Engkau telah berzikir yang tidak ada nashnya!” kata teman-temannya.“Mana ada?” bantah Asy-Syibli.“Engkau berzikir dengan hu hu hu hu hu…itu dari mana sumbernya?” tanya mereka.“Burung merpati di atas pokok itu telah menyanyi dengan bunyi “ku..ku..ku…..” maka aku mengikuti rentaknya dengan hu..hu..hu..” jawab Asy-Syibli.Beberapa orang teman Asy-Syibli telah datang mengunjungi beliau yang telah dimasukkan ke rumah orang sakit jiwa kerana telah dituduh gila.“Siapa kalian?” tanya Asy-Syibli.“Kami ini sahabat-sahabatmu…” jawab mereka.Ketika itu juga Asy-Syibli membaling mereka dengan beberapa ketul batu, maka larilah lintang pukang teman-temannya. “Kalian pembohong! Apakah orang yang mengaku sahabat akan lari bertempiaran hanya kerana beberapa ketul batu? Sikapmu ini membuktikan bahwa kamu adalah sahabatmu sendiri, bukan sahabatku.” kata Asy-Syibli.
Tuesday, October 1, 2013
Nasyid(unic)
UNIC merupakan adik kepada kumpulan in-team yang lahir di bawah Hijjaz Record. tentu masih ramai tidak mengetahui sejarah kumpulan ini, kumpulan semakin naik pada hari ini, dengan pelbagai penerbitan album dan aktiviti termasuk program ilmiah dan motivasi. dan sekarang sudah mampu mempunyai syarikat sendiri dalam industri ini dan sudah dapat berdikari dengan sendirinya.
Kumpulan Nasyid UNIC adalah merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air. Album pertama yang bertajuk “You & I See” telah mencatatkan jualan melebihi 40 000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 8 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan tujuh buah album penuh dan enam album kompilasi..
UNIC bermula pada tahun 2002 semasa masih di bangku persekolahan. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu HITS mereka pada kemunculan pertama mereka iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu di bawah pengurusan Hijjaz Records. Antara lagu-lagu lain yang HITS termasuklah :
- Jalinan
- Ainul Mardhiah
- Satu Tekad
- Insan Bernama Kekasih
- Demi Cinta Suci
- Balqis
- Erti Syukur
- Sebuah Pertemuan
- Atas Nama Cinta
- Lafaz Yang Tersimpan
- Ke Makam Bonda
- Remaja
- Aisyah Humaira
- Langkah Tercipta
- Hakikat Bahagia
Asalnya dianggotai oleh 4 anak muda :
- Bazli Hazwan bin Che Osman
- Mohd Fitri bin Mohamad Haris
- Mohd Afendi bin Jahri
- Wan Sharifuddin bin Wan Hassan
Namun atas komitmen dan hala tuju yang berbeza, UNIC beberapa kali telag bertukar anggota tetapi masih kekal dengan perjuangan dan konsep muzik yang sama. Akhirnya pada tahun 2011, UNIC terus kekal bersama 3 anggota iaitu :
- Bazli Hazwan bin Che Osman
- Ahmad Fadzli bin Ab. Aziz
- FakhrulRadhi bin Khamarudin
Inilah anggota UNIC yang terus berjuang menyampai dakwah melalui HIBURAN MENDIDIK JIWA pada golongan remaja di seluruh dunia. UNIC terus memecah tradisi dengan menembusi pasaran :
- Indonesia
- Singapura
- Thailand
- Brunei
- Egypt
- yang terbaru di Perancis
Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu UNIC Records. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC Records dan pelanggan UNIC.
“Hiburan Berilmu Rohani Terpandu”. Misi UNIC Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan perkembangan negara.
UNIC terus bergerak maju di bersama dengan 2 lagi syarikat yang diuruskan mereka iaitu :
Tuesday, September 24, 2013
AQIDAH
3 Prinsip Akidah Seorang Muslim

Para ulama mengatakan, Islam adalah:
الاستسلام لله بالتوحيد والانقياد له بالطاعة والبراءة من الشرك وأهله
“Berserah diri pada Allah dengan mentauhidkan-Nya, patuh kepada-Nya dengan melakukan ketaatan dan berlepas diri dari syirik dan pelaku syirik.”
Prinsip pertama: Berserah diri pada Allah dengan bertauhid
Maksud prinsip ini adalah beribadah murni kepada Allah semata, tidak pada yang lainnya. Siapa yang tidak berserah diri kepada Allah, maka ia termasuk orang-orang yang sombong. Begitu pula orang yang berserah diri pada Allah juga pada selain-Nya (artinya: Allah itu diduakan dalam ibadah), maka ia disebut musyrik. Yang berserah diri pada Allah semata, itulah yang disebut muwahhid (ahli tauhid).
Tauhid adalah mengesakan Allah dalam ibadah. Sesembahan itu beraneka ragam, orang yang bertauhid hanya menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan. Allah Ta’alaberfirman,
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” (QS. At Taubah: 31).
Begitu pula Allah Ta’ala berfirman,
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (QS. Al Bayyinah: 5).
Dalam ayat lain, Allah menyebutkan mengenai Islam sebagai agama yang lurus,
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Hukum itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS. Yusuf: 40). Inilah yang disebut Islam. Sedangkan yang berbuat syirik dan inginnya melestarikan syirik atas nama tradisi, tentu saja tidak berprinsip seperti ajaran Islam yang dituntunkan.
Prinsip kedua: Taat kepada Allah dengan melakukan ketaatan
Orang yang bertauhid berarti berprinsip pula menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Ketaatan berarti menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Jadi tidak cukup menjadi seorang muwahhid (meyakini Allah itu diesakan dalam ibadah) tanpa ada amal.
Prinsip ketiga: Berlepas diri dari syirik dan pelaku syirik
Tidak cukup seseorang berprinsip dengan dua prinsip di atas. Tidak cukup ia hanya beribadah kepada Allah saja, ia juga harus berlepas diri dari syirik dan pelaku syirik. Jadi prinsip seorang muslim adalah ia meyakini batilnya kesyirikan dan ia pun mengkafirkan orang-orang musyrik. Seorang muslim harus membenci dan memusuhi mereka karena Allah. Karena prinsip seorang muslim adalah mencintai apa dan siapa yang Allah cintai dan membenci apa dan siapa yang Allah benci.
Demikianlah dicontohkan oleh Ibrahim ‘alaihis salam di mana beliau dan orang-orang yang bersama beliau[1] berlepas diri dari orang-orang musyrik. Saksikan pada ayat,
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآَءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah.” (QS. Al Mumtahanah: 4). Ibrahim berlepas diri dari orang musyrik dan sesembahan mereka.
كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
“Kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja.” (QS. Al Mumtahanah: 4).
Dalam ayat lain disebutkan pula,
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ
“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” (QS. Al Mujadilah: 22).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آَبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (QS. At Taubah: 23).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia.” (QS. Al Mumtahanah: 1).
Demikianlah tiga prinsip agar disebut muslim sejati, yaitu bertauhid, melakukan ketaatan dan berlepas diri dari syirik dan pelaku syirik.
Semoga Allah memudahkan kita menjadi hamba-hambaNya yang bertauhid.
(*) Dikembangkan dari tulisan Syaikhuna -guru kami- Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan -hafizhohullah- dalam kitab “Durus fii Syarh Nawaqidhil Islam”, terbitan Maktabah Ar Rusyd, tahun 1425 H, hal. 14-16.
Tuesday, September 17, 2013
KEMERDEKAAN KITA
pantun kemerdekaan
Zaman sekarang manja belaka,
Zaman dahulu mendisiplin manusia,
Negara maju aman merdeka,
Semoga kekal dirgahayu malaysia,
Tempua bersarang di dahan rendah,
Singgah sebentar seekor terbang,
Bendera dipasang depan rumah,
Indah berkibar jalur gemilang,
Manis dara berbaju kebaya,
Keronsang emas menjadi hiasan,
Kepada semua rakyat Malaysia,
Salam Merdeka hamba hulurkan.
Zaman sekarang manja belaka,
Zaman dahulu mendisiplin manusia,
Negara maju aman merdeka,
Semoga kekal dirgahayu malaysia,
Tempua bersarang di dahan rendah,
Singgah sebentar seekor terbang,
Bendera dipasang depan rumah,
Indah berkibar jalur gemilang,
Manis dara berbaju kebaya,
Keronsang emas menjadi hiasan,
Kepada semua rakyat Malaysia,
Salam Merdeka hamba hulurkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)